Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan ‘senaman punggung’ depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung.
“Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia?
“Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung’ di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan’ bekas tentera.
“Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan,” tegasnya.
Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
“Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih.
“Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno,” tegas Fauzi lagi.
Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu.
“Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera.
“Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya,” katanya sinis.
Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno.
Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara.
Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. - KeadilanDaily
Aktiviti Kobat juga boleh diakses di laman ini: KOBAT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan