Pengikut

Rabu, 16 Mei 2012

Enggan hadir Mahkamah Perancis bukti Najib, Zahid bersalah

Keengganan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Perancis berhubung rasuah Scorpene memberi gambaran jelas mereka sebenarnya bersalah dan boleh didakwa.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi yang terus berdolak dalik itu menimbulkan tanda tanya kepada rakyat.

“Mereka seolah-olah cuba sembunyikan sesuatu agar skandal yang melibatkan wang rakyat serta maruah negara ini tidak terbongkar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Zahid semalam bahawa rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis, justeru tidak perlu hadir ke mahkamah memberi keterangan.

“Kenyataan Zahid bahawa Mahkamah Perancis tidak berkuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam kes rasuah Scorpene menggambarkan ketakutan beliau yang amat sangat,” kata beliau.

Fariz berkata, isu skandal Scorpene ini sangat serius dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraan itu.

“Malah, Hakim Penyiasat, Roger Le Loire telah terima mereka berdua sebagai saksi kes ini,” katanya.

Fariz Musa
Tambah beliau, isu ini juga cukup memalukan negara apabila ia berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

“Justeru, Jingga 13 mendesak Najib dan Zahid ke Mahkamah Perancis memberi keterangan, dan tidak perlu takut jika mereka tidak bersalah,” kata Fariz.

Pada 20 April lalu, La Rue menerima tujuh saksi yang dinamakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu Najib, Zahid, Razak Baginda, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

Peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri sebelum ini berkata, ‘amaran merah’ akan dikeluarkan selepas waran tangkap, jika saksi masih enggan hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Menurut Fadiah, waran tangkap berkuasa dalam wilayah Perancis manakala ‘amaran merah’ adalah untuk kawasan antarabangsa dan akan dihantar kepada Interpol. - KeadilanDaily

1 ulasan:

  1. Dengan harian berkata angkuh dan bongkak. Maka terimalah langkah seterusnya dari Peranchis. Nak tunggu waran tangkap dari pihak tertinggi dunia INTERPOL menghantar jemputan ke?
    Itulah, jangan mengada-gada sebelum menghadapi kesemua rintangan. Jangan sangat menbongkak diri sehingga tiada jalan akhir! Inilah balasan bermula dari sini!

    BalasPadam