Pengikut

Ahad, 20 Mei 2012

Anuar Musa peningkan Najib tuntut royalti minyak Kelantan

Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan
Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Anuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).

Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Penyokong menandatangani kain pemidang
kempen menuntut royalti minyak
Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan? - Harakah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan