Pengikut

Isnin, 2 April 2012

Wajib tolak pemimpin pembunuh!

Maka Utusan Malaysia (UM) pun pergilah bertanya dua ulama Kelantan tentang bagaimana kalau seorang biseksuel menjadi pemimpin (modal homoseksual yang ditukar) tanpa menyebut nama orang tersebut.Pautan
Maka akan dihurai oleh dua ulama tersebut, akan dilaknat Allah, ditimpa malapetaka besar, golongan fasik, wajib ditentang, mementingkan hawa nafsu, terikut budaya barat. Itu cerita UM.

Maka kita pun berjumpa dengan dua ulama tersubut dan bertanya bagaimana kalau seseorang pembunuh menjadi pemimpin.

Maka akan dihurai oleh dua ulama tersebut, akan dilaknat Allah, ditimpa malapetaka besar, golongan fasik, wajib ditentang, mementingkan hawa nafsu, terikut budaya barat. Ini cerita yang boleh kita buat.

UM Malaysia membuat cerita bersumberkan seorang kafir lagi fasik Nalakarupan. Kita membuat cerita berdasarkan khabar angin dan cakap-cakap orang!!

Maksudnya kalau nak membuat isu main bantai, sesiapa pun boleh buat. Lagi buruk UM, kerana ia akhbar arus perdana dengan moto “Penyebar Fikiran Rakyat”.

-WarkahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan