Pengikut

Selasa, 26 Julai 2011

Presiden kimma bodek Umno sebab jawatan senator?

Media yang dikuasai Umno-BN sentiasa mengelapkan kejayaan dan kesungguhan kerajaan negeri Pulau Pinang membantu rakyat, meskipun majoriti rakyat kini dapat mengecapi kejayaan dan manfaat daripada program yang dilaksanakan, kata Exco Kerajaan Negeri Haji Abdul Malek Kassim.

Sambil menafikan dakwaan kononnya masarakat India Muslim Pulau Pinang ditelah dipinggirkan kerajaan negeri, beliau menyifatkan dakwaan seumpama itu sekadar fitnah dan tohmahan semata-mata.

Malek merujuk kenyataan Presiden KIMMA Kebangsaan, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader (gambar) dalam akhbar sebuah akhbar harian (bertarikh 25 Julai 2011), bahawa kononnya masyarakat India Muslim dipingirkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Jika benar apa yang dikatakan KIMMA itu, ia bermakna beliau mengiakan apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN yang memerintah sebelum ini," katanya sambil menegaskan bahawa pada hakikatnya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, baik masyarakat India Muslim mahupun mana-mana kaum terus diberi perhatian tanpa diskriminasi.

"Saya ingin menasihati Syed Ibrahim, usahlah bersikap mengampu dan membodek dek terhutang budi kerana dilantik sebagai Senator. Janganlah sanggup mengadai prinsip dan maruah diri dengan cuba memporakperandakan keharmonian masyarakat India Muslim di sini," kata Malek.

Hakikatnya sejak 2008, kerajaan negeri memberikan perhatian dan prioriti kepada India Muslim, jauh sekali untuk meminggirkan mereka.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited memberikan sokongan dan bantuan kepada yang memerlukan, termasuk golongan India Muslim yang banyak melibatkan diri dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pemimpin kerajaan negeri sentiasa turun padang bersama komuniti India Muslim dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, iaitu “Penang World Heritage Celebration" juga adalah sebahagian bukti melibatkan masyarakat India Muslim. Masyarakat India Muslim turut menerima manfaat dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh Presiden KIMMA," tergasnya.

Malah, kata Malek, kerajaan negeri telah banyak berbincang dan sentiasa membuka pintu rundingan untuk mendengar pandangan daripada komuniti India Muslim. Hasil pertemuan dan perbincangan tersebut banyak masalah termasuk semasa zaman kerajaan Umno BN dapat dirungkai.

"Hanya segelintir kecil komuniti itu yang berlagak hero menggunakan media memburukkan kerajaan negeri. Golongan itu cuba mencipta isu yang bukan isu sebenarnya," kata beliau.

Kelihatan pada gambar Malek bersama pemimpin masyarakat India Muslim Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, aktivis masyarakat India Muslim Shahul Hamed, Persatuan Muslim Tanjung Nasir Mohidin dan para pengusaha Nasi Kandar Pulau Pinang yang sentiasa memberi sokongan pada Kerajaan Negeri. -PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan