Pengikut

Sabtu, 14 April 2012

Gambar Sekitar Himpunan Mansuhkan PTPTN di Kuala Lumpur

Peserta himpunan mansuhkan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dianggarkan jumlah peserta mencecah 4,000 orang.

4

Peserta himpunan mansuhkan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula bergerak dari perkarangan Masjid Jamek di Kuala Lumpur menugu ke Dataran Merdeka.

Nurul izzah menucapkan tahniah kepada para peserta yang berani melahirkan bantahan dan mahu perubahan.

Beliau berkata ini usaha pertama ke arah mewujudkan sistem pendidikan percuma.

“We want free education not corruption. (Kita mahu pendidikan percuma bukan korupsi) “Negara harus ke arah pendidikan percuma dan tindakan ini merupakan langkah awal.”

Mereka juga melaung-laungkan slogan hancur “Hancur Rosmah, Hancur Najib”, “Mansuh PTPTN” dan membawa sepanduk “Mansuh PTPTN” dan “Bebas”.

Perarakan dari Masjid Jamek sudah sampai perkarangan pusat beli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kumpulan tersebut sudah mencecah sekitar 4000 peserta daripada berbagai bangsa dan agama.

Adam Adli dan seramai 200 aktivis akan terus berkhemah di satu sudut di Dataran sebagai menunjukkan komitmen dan solidariti untuk terus mendesak kerajaan mansuhkan PTPTN

Keadaan di kawasan dataran mula kembali seperti biasa dan majoriti peserta himpunan sudah bersurai dengan hanya sekumpulan aktivis yang akan terus berkhemah di situ.

Mereka juga berkesempatan menunaikan solat secara berjemaah di tapak perkhemahan di Dataran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan