Pengikut

Isnin, 9 April 2012

Najib tipu rakyat, Pinjaman PTPTN baru RM28 bilion bukan RM43 bilion

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan sikap beliau sebagai Perdana Menteri yang tidak perihatin kepada masalah yang Pautandihadapi oleh lepas mahasiswa dan juga rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, sikap tersebut membuktikan kepupusan daya kretif pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Tambahnya lagi, dalam pada masa yang sama Najib terpaksa mengelirukan rakyat dengan jumlah angka yang tidak tepat.

"Ketika Pakatan Rakyat sedang mendapat reaksi positif rakyat berhubung dengan penghapusan pinjaman PTPTN ini, Najib terpaksa menggunakan kaedah mengelirukan rakyat apabila menyebut angka yang tidak tepat iaitu RM43 bilion.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 bilion, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan hingga akhir 2012 hanyalah berjumlah RM28 bilion sahaja bukannya RM43 bilion," jelasnya.

Tambahnya lagi, mengapa Najib sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?

“Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?.

"Gambaran bahawa negara tidak mampu menanggung pembayaran pinjaman sejumlah RM43 menunjukkan Najib tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi ‘undertaking’ dan menjadual semula pinjaman," sambung beliau lagi.

Menurut Husam lagi, jumlah keseluruhan RM28 bilion itu tidak semestinya dilunaskan sepenuhnya secara serta merta sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Husam mencadangkan, untuk mengatasi masalah ini kerajaan memberi jaminan pembiayaan tahunan setara dengan jumlah yang ditanggung PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada badan tersebut.

“Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan Kerajaan Pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu,”ujarnya.

Sumber - Keadilankini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan