Pengikut

Selasa, 24 April 2012

Kerajaan tak halang Bersih 3.0?

Kerajaan tidak menghalang Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini di ibu negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Isu kerajaan melarang tidak timbul tetapi isunya sekarang ialah lokasi. Empat lokasi ditawarkan kepada mereka kini,” katanya dipetik Bernama.

Penganjur perhimpunan yang disokong pembangkang itu memohon mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka tetapi ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat manakala polis menolak lokasi itu kerana konteks keselamatan.

DBKL menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton Cheras dan Stadium Bolasepak Cheras sebagai lokasi alternatif manakala Perbadanan Stadium Malaysia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perhimpunan.

“Saya sudah katakan bahawa perhimpunan itu boleh berjalan dan ia bukan satu isu, isunya sekarang ialah lokasi," katanya ketika ditemui di luar majlis pelancaran Talent Roadmap 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Sumber - SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan