Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza. Setakat jam 10.30 pagi ini, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.
Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!,
Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada
yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang.
(Para aktivis perhimpunan Hijau membantah Lynas mula berkumpul MBPJ New Urban Parks, Damansara Damai)
(Polis yang ramai di KL Sentral sedang menerima arahan akhir sebelum bertugas)
Anggota Parlimen DAP, M Kula Segaran melaporkan melalui twitternya, polis sangta ramai di KL Sentral dan sedang mendengar taklimat akhir.
Kehadiran polis yang ramai juga dikesan di Jalan Bandar. Namun FRU tidak kelihatan di sini.
Mesej juga mula disebarkan kononnya media tradisional yang dikawal Umno dan BN diarahkan agar tidak merekodkan tindakan ganas pihak polis. orang ramai dinasihatkan agar menjaga tingkah laku mereka sepanjang perhimpunan ini kerana KDN telah mengarahkan petugasnya agar merakamkan tingkah laku para peserta perhimpunan kali ini.Tingkah laku buruk mereka akan dijadikan bukti keburukan yang dibawa oleh peserta perhimpunan ini dan kemudiannya menyalahkan Pakatan Rakyat yang didakwa berada di belakang perhimpunan ini.
Polis terus berkawal di sekitar KLCC.
Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta
Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning.
Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa
Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan