Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Dimana-mana sahaja bandaraya Kuala Lumpur penuh dengan
orang ramai yang hadir menyokong himpunan BERSIH 3.0. Walaupun sekatan
dibuat berlapis-lapis tapi, orang ramai pergi juga sehampir yang boleh
ke Dataran Merdeka.
Ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.
Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.
Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan