Pengikut

Ahad, 4 Mac 2012

Suami, isteri bekal pelacur kelas VIP

POLIS menemui kondom dalam pemeriksaan mengejut di sebuah pusat karaoke eksklusif, di Johor Bahru, malam tadi.

JOHOR BAHRU: Kelicikan sepasang suami isteri berusia 30-an mendalangi sindiket pelacuran yang menawarkan pelacur untuk pelanggan korporat berakhir selepas ditahan polis, hasil serbuan terhadap sebuah pusat hiburan eksklusif di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Suami isteri yang bertindak sebagai ibu dan bapa ayam itu, dikesan menjadikan pusat hiburan eksklusif dan hotel bertaraf lima bintang sekitar bandar raya ini untuk menawarkan khidmat tidak bermoral.

Mereka dipercayai meraih pendapatan lumayan menerusi kegiatan persundalan terbabit secara menyediakan pelacur untuk kepada pelanggan korporat dan kelas atasan itu.

Kegiatan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7 ) Polis Johor menyerbu sebuah pusat karaoke kira-kira jam 12.30 pagi selepas dua hari mengintip kegiatan di situ.

Sejurus menyedari serbuan polis, bapa ayam terbabit yang berada di luar bilik karaoke, cuba melarikan diri meninggalkan isterinya tetapi berjaya ditahan ketika cuba menaiki lif.

Beberapa pelacur yang ditemui mabuk dalam bilik karaoke itu juga memberikan pelbagai alasan termasuk mahu berbogel kerana berang dengan tindakan polis menyerbu bilik karaoke terbabit. Masa sama, ada pelacur mendakwa baru dua kali melakukan perbuatan itu dalam usahanya merayu dilepaskan.

Pegawai Turus D7 Polis Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abdul Hamid, berkata modus operandi yang digunakan pasangan suami isteri itu dengan menghantar pelacur ke pusat hiburan dan hotel eksklusif mengikut permintaan pelanggan istimewa mereka sebagai teman sosial selain menawarkan khidmat seks.

Katanya, susulan serbuan itu lima pelacur muda berusia 21 hingga 23 tahun ditahan bersama sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an yang menguruskan mereka.

“Pasangan bapa dan ibu ayam ini mengenakan caj RM650 bagi setiap gadis yang dihantar sebagai teman sosial VIP untuk berhibur dan RM1,200 pakej bermalam termasuk khidmat seks dengan menyediakan wanita tempatan bagi memenuhi keinginan seks mereka,” katanya.

“Polis menemui beberapa kondom yang belum digunakan, kertas yang mencatat rekod persundalan yang dijalankan dan sejumlah wang tunai, " katanya selepas serbuan itu.

Mohammad berkata, pasangan suami isteri terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) Kanun Keseksaan manakala lima wanita disiasat mengikut Seksyen 372B kanun yang sama. -BeritaHairan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan