Pengikut

Khamis, 22 Mac 2012

'PM arah Wanita sokong Shahrizat'

'PM arah Wanita sokong Shahrizat' kata ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah. Arahan itu dibuat oleh presiden Umno dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu. Ini salah satu tranfomasi PM Najib ke?

Baca dibawah:-

'PM seru Wanita bersama Shahrizat'

Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh belakangnya.

Ketuanya Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan, seruan itu dibuat oleh presiden Umno dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.

"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.

"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah pada sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.

The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini tidak mencukupi.

Ikrar taat setia esok

Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerja sama dengan Shahrizat.

"Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.

"Semasa perjumpaan Jumaat lalu bersama perdana menteri dia tidak hadir kerana berada di luar negara," katanya.

Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.

"Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.

"Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor," ujarnya.

-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan