Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

Demo bantah Umno guna politeknik untuk politik

Semua rakyat kawasan ini yang prihatin kepada penyalah gunaan harta Pautanrakyat dikerah hadir bagi membantah penggunaan politeknik bagi program Umno.

Mereka diminta berkumpul di hadapan pintu utama Politeknik Seberang Perai selepas solat zohor esok bagi membantah secara aman terhadap program 'Pelancaran Gelombang Biru' Pilihanraya Umum Ke 13 oleh Umno.

Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hasan berkata, program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik merupakan program kepartian yang diadakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang selama ini tidak dibenarkan sama sekali oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Kerajaan BN hanya melarang parti pembangkang sahaja menggunakan sebarang padang IPT sedangkan bagi BN ialah dibolehkan.

"Sikap yang ditunjukan itu berat sebelah. Mereka mencabul apa yang menjadi undang-undang. Oleh itu marilah bersama-sama hadir di pintu utama Politeknik Seberang Perai untuk membantah pencabulan itu," tegasnya.

Ini membuktikan Umno dan BN bankrap perancangan dan tempat sehingga memilih lokasi yang selama ini tidak boleh dimasuki oleh mana-mana parti.

Pagi tadi satu memorandum telah dihantar oleh beliau sendiri bersama Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Jamsari Samad, Pengarah Pilihanraya Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Jaya, Anuar Hamid dan Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Yusmira Yusuf.

Sementara itu Pengarah Politeknik Seberang Perai, Haji Zulkifli Ariffin berkata, sebenarnya pihaknya menerima surat permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan untuk program penyampaian peruntukan kepada badan di bawah belia di Pulau Pinang.

Cuma kemudianya timbul satu lagi surat dari Umno untuk mengadakan pelancaran di tempat yang sama.

Namun beliau berjanji tidak akan membenarkan Umno memasang bendera parti kerana tidak mahu melihat Politeknik Seberang Perai terdedah dengan politik kepartian.

-HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan