Saya baru menerima email sekejap tadi dari seorang penjengok yang memberi tahu Tabung Haji telah bersetuju menjual asetnya iaini ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo.
Penjengok itu meminta mana-mana wakil rakyat boleh membangkitkan perkara ini di parlimen memandangkan urus niaga melibatkan lebih dari RM2 billion. Perkara ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan penyimpan Tabung Haji termasuk saya, isteri dan ibu.
Berikut email yang saya terima:
Maklumat yang baru diterima: Tabung Haji telah bersetuju menjual aset mereka iaitu ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo. Pohon minta mana2 YB untuk membangkitkan perkara ini di parlimen kerana melibatkan urusniaga yang melebihi dari RM2 bilion.
Saya tidak dapat mengesahkan maklumat ini dan kepada mana-mana pihak yang mengetahuinya boleh berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.
-Merah Tinta MSO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan