Hari ini SPRM telah memanggil Sharizat Abdul Jalil berhubung projek lembu gemuk (NFC). Sharizat disoal siasat selama lebih dua jam.
Dalam kenyataannya kepada media dia menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Dia juga mengakui tidak terlibat dengan projek berkenaan.
Sharizat juga mengucap terima kasih kepada SPRM. Dalam kenyataan kepada media itu itu beliau cuba menampikan dirinya sebagai kuat dan tidak terganggu dengan siasatan itu. Mungkin Sharizat boleh merasa lega setelah disoal siasat, tetapi ia tidak bermakna beliau tidak dipanggil lagi. SPRM tentu akan memanggilnya bila-bila masa jika diperlukan. Kita berharap SPRM tidak ada belas kesian di dalam hal ini kerana ia membabitkan wang rakyat.
Rakyat kini menunggu apakah hasil siasatan itu? Wibawa SPRM sangat diharapkan. Bukan rakyat mahu menganiaya Sharizat tetapi keadilan diharapkan. Sejumlah RM240 juta yang diperuntukan untuk projek itu adalah wang rakyat dan jumlahnya bukan RM250,000 tetapi juta.
Sharizat semasa perhimpunan agung wanita Umno telah menyingsing lengan baju kerana marahkan kepada Pengarah Strategi PKR Razifi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang mendedahkan penyelewengan projek tersebut. Sharizat membuat tafsiran serangan itu kerana hendak melemahkan wanita Umno yang memang menjadi sayap terkuat dalam Umno.
Rafizi dan Kamaruddin sebaliknya menafikan dakawaan Sharizat itu. Pendedahan itu menurut mereka adalah untuk membolehkan rakyat menilai sendiri apa yang berlaku dalam kerajaan UBN. Bukan saja projek berkenaan merugikan wang negara tetapi banyak lagi projek-projek seumpama itu yang akan didedah satu persatu selepas ini. Bukan wang untuk projek itu saja tetapi projek lain juga rakyat perlu mengetahuinya.
Sekembali dari bercuti dan menunaikan umrah di Makkah Sharizat mengatakan dia kembali kuat dan sudah tenang. Dia tidak melayan serangan itu kepadanya. Anihnya kurang 72 jam balik dari Makkah dia berkata ingin menghantarkan baju kurang berwarna merah putih - pakaian rasmi wanita Umno kepada Rifizi. Katanya biar Rifizi kelihatan jambu.
Kalau Sharizat sudah tenang di Makkah dan memperolehi kekuatan menghadapi isu itu beliau tidak memperli Rafizi sedemikian. Beliau perlu mendiamkan diri saja. Tetapi apabila Sharizat tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya orang tahulah bahawa beliau belum 'muna' (sembuh) molek lagi.
Hari ini beberapa jam Sharizat berdepan dengan pegawai SPRM, di belah paginya Rafizi dan Zuriadah mendedah pula yang suami menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga itu telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.
Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.
Rafizi berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.
"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya laporan sebuah portal berita dipetik.
Pembelian itu dedah Rafizi dibuat pada bulan Mei 2010.
Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.
Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.
Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.
Persoalan timbul kini siapakah yang mendedahkan segala maklumat itu kepada Rafizi dan Zuraidah? Mislanya dokomen mengenai pinjaman bank dan transaksi adalah benda rahsia. Apakah kerana penyelewengan begitu besar menyebabkan ada orang yang tidak sanggup melihatnya lagi.
Semoga selepas ini adalah pula pendedahan mengenai cakap-cakap mengatakan Tabung Haji kemungkinan akan kehilangan wang RM700 juta kerana menjadi penjamin kepada bank yang mengeluarkan pinjaman kepada syarikat menerusi sistem Sukuk? -MSO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan