
“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh. Benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Adun Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh kemuka rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.
Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.
Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, semalam.

Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep Negara Kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Perhimpunan 901. -Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan