Pengikut

Rabu, 18 Januari 2012

Najib yang terdesak ambil langkah guna Skim Ponzi?

Kerajaan melakukannya lagi. Memanggil sesuatu dengan nama yang bukan nama sebenarnya.

Skim yang dikenali sebagai “Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia” atau “Sara 1 Malaysia” membenarkan mereka yang berpendapatan isi rumah kurang RM3000 membeli 5000 unit Amanah Saham 1 Malaysia (AS1 Malaysia)” dengan harga RM 1 seunit dan dijamin pulangan yang dua kali ganda pelaburan mereka selepas 5 tahun.

“Anda tidak akan menemui pakej seperti ini di mana-mana,” kata Perdana Menteri NAjib Razak semasa pelancaran skin tersebut di PWTC.

Dibawah Sara 1 Malaysia, pemohon boleh memilih untuk melabur RM 5000 simpanan mereka untuk membeli unit-unit tersebut atau memohon pinjaman daripada bank-bank yang menyertainya. Menurut PM, mereka yang melabur dalam skim itu menggunakan simpanan mereka akan diberi dividen RM134 sebulan. Tetapi, sekiranya mereka memilih untuk melabur semula dalam skim tersebut, mereka akan menerima RM 13000 selepas 5 tahun menyertai program tersebut.

Mereka yang mendapat pinjaman hanya akan membayar RM84 sebulan dan RM50 yang selebihnya akan dilaburkan dan akan menerima RM10 000 selepas 5 tahun. Skim ini hanya akan diberi kepada 100,000 isi rumah.

Hentikan menokok tambah dan beselindung

Pertamanya, SARA 1M bukanlah skim pelaburan.

Ini jelas kerana ada pulangan dividen yang tetap. Suatu pelaburan tidak mempunyai pulangan dividen yang tetap kerana pelaburan sangatbergantung kepada kuasa pasaran yang menentukan nilai sesuatu komoditi untuk satu-sau masa. Apabila membeli saham untuk satu-satu entiti perniagaan, seseorang itu harus mengambilkira sama ada entiti perniagaan ini menjana keuntungan dan inilah yang akan menentukan pulangan saham yang dibeli. Ini bukanlah yang berlaku untuk SARA 1M. Anda membeli sunit saham dan anda dijamin pulangan RM134 sebulan. Apa jua pelaburan yang dibuat oleh kerajaan terhadap wang anda, ia mempunyai pulangan pelaburan yang teruk kerana ia hanya memberi pulangan RM 134 sebulan. Yang kedua, mereka menggelar ia sebagai pelaburan walaupun ia jelas bukan suatu pelaburan. Maka, SARA 1M berkemungkinan skim Ponzi. Skim Ponzi memberi pulangan tetap terhadap pelaburan pembeli. Pembeli saham diyakinkan telah membeli sesuatu produk yang akan akan memberi pulangan besar. Dalam kes SARA 1M, kita tidak dijelaskan apa sebenarnya yang dilaburkan oleh kerajaan untuk membeli pulangan tetap itu. Dari manakah datangnya dana yang menjanjikan pulangan RM 134 sebulan itu dan yang akhirnya akan memberi keuntungan RM 8000 selepas 5 tahun.

Yang ketiga, SARA 1M menggalakkan pelabur mengambil pinjaman untuk membeli 5000 unit saham. Ini adalah satu nasihat kewangan yang salah. Pembeli tidak harus meminjam untuk membuat pelaburan. Dengan pulangan RM84 sebulan, jumlah bayaran balik adalah RM5040 kepada bank dengan keuntungan RM 10000. Untuk keluarga miskin, membayar RM84 sebulan untuk jangkamasa 5 tahun akan membebankan mereka, lebih-lebih lagi sekiranya keuntungan adalah RM50 sebulan. Dan akankah mereka melaburkan semula RM 50 itu? Jadi jelas sekiranya tidak melabur kembali dalam skim tersebut, mereka tidak akan mendapat pulangan selepas 5 tahun.

Apa yang jelas, Najib meminta orang ramai meminjam wang untuk meminjamkan kepadanya

SARA 1M bukanlah skim pelaburan tetapi isu bon kerajaan.

Bon kerajaan adalah bon yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menjanjikan sejumlah pulangan (nilai muka) untuk satu tempoh tertentu, begitu juga bayaran bunga berkala. Bon adalah pelaburan hutang di mana seorang pelabur meminjam sejumlah wang untuk satu jangkamasa dengan suatu kadar faedah kepada syarikat atau negara.

Bon kerajaan juga digelar sebagai bon tidak berisiko kerana kerajaan boleh menaikkan cukai atau menambah matawang untuk menebus bon pabila ia matang. Contoh yang telah wujud di mana kerajaan yang kembali kepada hutang matawang domestic adalah Russia pada 1998 (krisis ruble) dan satu lagi Gree pada 2011. Bon ini dikatakan sangat berisiko kerana Greece tidak mempunyai matawangnya sendiri.

Memandangkan SARA 1M adalah bod diisu kerajaan, adakah ia dilindungi oleh inflasi? Banyak kerajaan yang mengisu bon yang diindeks inflasi yang melindungi pelabur daripada risiko inflasi dengan meningkatkan kadar faedah yang diberi kepada pelabur apabila kadar inflasi ekonomi meningkat.

Tetapi SARA 1M tidak disesuaikan untuk inflasi memandangkan pulangan ditetapkan pada RM13 000 selepas 5 tahun atau RM 10 000 jika mengambil pinjaman bank.

Jadi, SARA 1M adalah semata untuk menambah dana kerajaan, yang dianggarkan sekarang sangat rendah. Buktinya, ia dihadkan kepada 100 000 isirumah. Ini menunjukkan bahawa sudah ada jumlah tetap oleh kerajaan dan apabila rakyat sudah mula melabur, tidak dapatkah kemasukkan itu dinaikkan?

Ini bukanlah skim pelaburan tetapi suatu cara licik kerajaan untuk mengaut wang. Yang sedihnya, orang miskin diyakinkan bahawa mereka akan mendapat satu skim yang baik tetapi hakikatnya, darah mereka dihisap untuk membantu kerajaan menjana wang. -Malaysia Chronicle


Tiada ulasan:

Catat Ulasan