Pengikut

Khamis, 9 Jun 2011

Jamil Khir kata Tugu Negara tak sama tugu 1Malaysia?

Memang betul tugu negara tak sama dengan tugu 1Malaysia, tetapi Datuk ia tetap haram... malah tugu negara adalah patung manusia yang lengkap dengan segala anggotanya adalah haram dengan ijma’, dan wajib dimusnahkan, sama ada patung manusia atau binatang. Agaknya berani ka Jamil Khir musnahkan tugu-tugu 1Malaysia nie kalau tugu negara memang sah Jamil Khir tak berani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata status Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.

“Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tuga Negara.

“Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan,” katanya.

Ditanya sama ada kedua-dua tugu itu harus dikekalkan, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya mengatakan “itu cerita lain.”

Kelmarin, Pemuda PAS Johor mahu Jamil Khir menyatakan pendirian mengenai status Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perdana menteri yang pertama di Parlimen, ekoran pendiriannya tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia di Perlis.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat berkata, di samping tugu 1 Malaysia, terdapat tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan.

“Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti (Perlis, Dr Juanda Jaya) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan,” katanya.

Khamis lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan kerajaan negeri tidak membina tugu 1 Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.

Juanda berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

Jamil Khir pula berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1 Malaysia.

-KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan