Ketua Pemuda Umno itu berkata, kenyataan terbaru Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga hari ini seolah-olah mengugut kerajaan sudah melampau kerana sudah banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin pilihan raya yang adil dan bersih.
“Dengan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0, ia akan lebih memburukkan keadaandan meyakinkan bahawa presiden bersih itu tidak menghormati undang- undang negara," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Pagi tadi, Ambiga memberitahu pemberitahu bahawa gabungan itu kemungkinan sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Ambiga dipetik berkata, beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.
"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.
"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan Bersih sebelum pilihan raya," katanya.
Perhimpunan Bersih 2.0 telah diadakan pada 9 Julai lalu. Ambiga juga dilaporkan berkata kecewan dengan laporan pertama PSC. -SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan