Pengikut

Jumaat, 2 Disember 2011

Skandal NFC: tak hairanlah indeks rasuah jatuh kata PKR

Timbalan ketua Polis, Khalid Bakar menegaskan bahawa tiada elemen rasuah yang dijumpai dalam siasat kes RM 250 juta NFC. Ini jelas menunjukkan ada percubaan menutup skandal tersebut.

Khalid dilihat sebagai melakukan servis “Umno-putra” kerana secara tiba-tiba memberi komen tersebut yang dikatakan kritik semata-mata untuk memberi jaminan kepada ahli Umno bahawa Ketua Wanita Shahrizat JAlil dan keluarganya tidak bersalah dalam kes ternakan lembu tersebut.

Kenyataan Khalid dan Umno mempertahankan Shahrizat telah diiringi dengan kejatuhan indeks rasuah antarabangsa. Malaysia telah jatuh ke tempat 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan kejatuhan tiga tahun berturut-turut indeks tersebut.

“Sangat pelik kerana Khalid membuat kenyataan tersebut terhadap siasatan kes itu pada hari Perhimpunan Umno sedang berlangsung. Ini menunjukkan bahawa UMno masih lagi menyalahgunakan kuasa mereka dengan menguasai polis untuk melakukakn perkerjaan keji mereka.” Beritahu timbalan presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“Berkenaan Indeks rasuah tersebut, ini merupkan satu amaran. Umno sedang mengheret negara bersama mereka. Ia adalah punca utama rasuah dan keengganan mereka mengakuinya serta menghentikannya akan membankrapkan kita semua. Bukanlah Pakatan yang menuduh BN melakukan kesalahan seperti mana yang didakwa Muhyiddin. Indeks itu memanifestasikan perkara itu. Indeks tersebut dihasilkan oleh Transparency International, sebuah organisasi yang terkenal.

“Bagi elit Umno, rasuah ada dimana-mana kecuali parti mereka. Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu haruslah menolak mentaliti sebegini dan menolak Umno untuk kebaikkan mereka. Sehingga sekarang pun Umno masih mempertahankan Shahrizat dan menggunakan pihak polis untuk membuat alasan bagi pihak mereka dan menipu orang ramai untuk mempercayai bahawa mereka tidak bersalah. Ini jelas menunjukkan mereka korup dan tidak bermoral.”

74 orang disoal siasat

Menurut Khalid, polis telah meminta keterangan daripada 74 orang yang dikatakan mempunyai hubungan dengan siasatan termasuk ahli keluarga Shahrizat, namun beliau sendiri tidak di minta untuk bernuat demikian.

“Walaubagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan dan akan memangil menteri itu untuk merekod keterangan beliau apabila perlu,” ujar Khalid.

Projek tersebut telah dianugerahkan kepada suami dan anak-anak Shahrizat pada tahun 2006 dan Ketua audit negara telah melaporkan bahawa projek tersebut dalam keadaan kucar kacir dan mungkin akan menjadi lebih teruk. Shahrizat telah menafikan penglibatan beliau dalam skandal tersebut dengan mengatakan bahawa ia “tiada kaitan dengan saya” walaupun ada yang percaya bahawa ahli keluarganya tidak mungkin akan mendapat projek tersebut tanpa pengaruh beliau memandangkan mereka tiada rekod dalam penternakan lembu.

Pemimpin PKR telah memulakan dakwaan NFC itu , yang bertujuan untuk membolehkan rakyat membeli daging lembu pada harga yang murah. Walaupunbagaimanapun, beberapa siri pembongkaran menunjukkan bahawa RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk mengadakan ladang ternakan satelit , menstruktur pengeluaran dan pembekalan yang effektif telah digunakan oleh keluarga Shahrizat untuk membeli 2 unit kondo mewah di Bangsar yang bernilai RM6.9 juta seunit, memberi diskaun RM 3 juta kepada firma keluarganya, membeli kereta Mercedes CLS350 dan tanah di kawasan kediaman di Putrajaya bernilai RM3.3 juta, memindahkan setengah juta ringgit kepada firma keluarganya di Singapura serta membayar sebuah syarikat percutian untuk percutian keluarga beliau.

Suami Shahrizat, Salleh Ibrahim tidak menafikan transaksi tersebut berlaku tetapi tetap bertegas mengatakan bahawa tiada rasuah telah berlaku dan semua nya telah diluluskan oleh NFC. Akan tetapi para pengkritik mengatakan bahawa adalah tidak masuk akal untuk sebuah projek ternakan lembu menjalankan transaksi seperti yang telah disebut tadi.

Menolak reality dengan cipta lebih banyak pembohongan

Orang atasan Umno enggan mengaku bahawa terdapat kesalahan yang dilakukan dalam urusan projek NFC walaupun dengan kemarahan rakyat terhadap penglibatan mereka. Misalnya, Muhyiddin Yassin, yang menjadi Menteri Pertanian pada waktu itulah yang telah meluluskan tender kepada keluarga Shahrizat pada tahun 20006.

Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu juga mempunyai bahagian dalam meluluskan pemberian projek manakala, Khairy Jamaluddin dikatakan adalah ‘mastermind’ kepada pelan tersebut untuk memberi Shahrizat kekayaan. Khairy, pada tahun 2006 dikatakan de-fakto PM, bapa mertua beliau yang dikatakan menyukai Shahrizat.

Pemimpin UMNO menuduh Pakatan mencipta dakwaan tersebut untuk kepentingan politik sungguhpun pembelian kondo, Merc dan tanah dan sebagainya masih belum dibidas oleh NFC dan juga polis.

“Dengan Pakatan ni, memang selalunya macam ini dan ini buka sesuatu yang baru. Walaupun kita buat baik, mereka akan tetap serang kita, seperti juga media sosial yang tidak suka pada kita seperti anda sendiri,” kata Muhyiddin setelah ditanya mengenai perkara itu pada hari Khamis. - Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan