Pengikut

Jumaat, 30 Disember 2011

Setiausaha MAIWP kata tak ada niat nak seleweng wang zakat

Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis sebagai berbaur politik.

Katanya, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis.

“Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dan tidak patut berlaku kerana umat Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan seharusnya menumpukan kepada tugas asasi iaitu menyatu padu dan memperkasa umat Islam.

“Kita sebagai satu masyarakat akan dipandang mulia oleh orang lain kerana mengamalkan perkara berlandaskan Islam yang sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pagi tadi, NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga indivu berkenaan.

Che Mat yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Maiwp menyalahguna wang zakat sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan SPRM

Selain Che Mat, dua lagi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Che Mat menjelaskan bahawa mereka menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut. -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan