Pengikut

Selasa, 27 Disember 2011

Risalah lucah 'Anwar' disebar di UiTM

Sekumpulan mahasiswa mendakwa terdapat risalah lucah diedarkan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam memperlihatkan aksi meliwat lelaki yang dinamakan "Anwar" dan "Saifudin".

Dalam kenyataannya hari ini, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mendakwa penyebaran risalah itu beredar pada Khamis dan Jumaat lalu dan kini sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun tidak pasti siapakah Anwar dan Saifudin yang dimaksudkan dalam risalah itu.

Selain itu, menurut KAMI juga, terdapat juga risalah yang mendakwa timbalan presiden mereka Khalid Ismath sebagai "agen Syiah" disebarkan sehari sebelum itu di tempat sama.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai "melampau", KAMI mendakwa ia dilakukan oleh pihak yang kurang senang dengan tindakan mereka menyokong perjuangan menuntut kebebasan akademik.

Sehubungan itu, mereka berharap supaya bahagian hal ehwal pelajar UiTM menyiasat perkara itu kerana mendakwa setakat ini tiada sebarang tindakan diambil.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, jurucakap KAMI memberitahu, aduan berkenaan sudah dibuat beberapa mahasiswa fakulti undang-undang pada Jumaat lalu. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan