Pengikut

Rabu, 28 Disember 2011

Apabila demokrasi dipenjara

Di dalam kehidupan masa kini, jarang sekali kita melihat kejadian demokrasi dipenjara sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Peliknya di Malaysia keadaan semakin hari semakin sempit. Perjuangan rakyat melawan ekonomi yang menghimpit sebenarnya melawan kerajaan yang tidak berhenti-henti mengubah dasar dan menjadikan negara ini sebagai negara yang ditindas. Sudah sekian lama, sejak pemerintahan Tun M, negara kita tidak lagi bersih dari rahsuah mahupun penyelewengan kuasa.

Demokrasi di dalam istilah dan konteks hanya sekadar kata-kata yang memenuhi ruangan akhbar dan tv. Agak berbeza di Internet, namun kepercayaan masyarakat di Internet agak terbatas hanya kerana kemudahan komunikasi yang gagal dilaksanakan oleh Rais Yatim yang hanya tahu membuat majlis pembukaan tetapi gagal di dalam memperkayakan kemudahan.

Sebenarnya kita ketinggalan 10 tahun di belakang, kemudahan komunikasi di negara ini tidak sesuai dengan gadjet-gadjet di pasaran. Oleh itu senang cerita gagal dan tetap gagal menyaingi teknologi di pasaran dunia. Berbalik kepada demokrasi, punca kenapa pelajar Universiti merusuh adalah kerana keputusan flip flop PM yang hanya pandai menabur janji politik. Apakah itu AUKU? Mengapa ada AUKU? Kesan AUKU? Diperingkat antarabangsa pelajar kita jauh ketinggalan bukan kerana mereka tidak maju di dalam bidang akademik tetapi pemikiran sempit dan langsung tidak menyumbang ke arah negara yang menuju ke era kemajuan.

Hal ini amat jelas, apabila penyokong AUKU memberikan pendapat yang berbeza seperti ulat buku yang memakai cermina mata tebal tetapi masih lagi kabur di dalam pandangan jauh. Maksud ini ialah mahasiswa gagal melahirkan bahan-bahan projek yang boleh dijadikan profit kepada negara. Hanya mampu bertanding di peringkat antarabangsa tetapi gagal menjadikan produk keluaran negara. Seiring dengan adanya AUKU, begitulah otak-otak mahasiswa selama ini dibantutkan oleh tenaga akademik dan pihak institusi.

Pandangan Datuk Saifudin amat jelas, bukan niat menyokong UMNO atau PR tetapi ini bermaksud beliau nampak jelas hala tuju mahasiswa dipendekkan sekadar menjadikan diri mereka alat-alat pihak Universiti mengaut keuntungan tetapi tidak boleh memberikan mereka peluang. AUKU bukan sahaja menyekat kepada kebebasan politik tetapi lebih kepada demokrasi. Kewujudan AUKU secara langsung menjadikan pelajar-pelajar Universiti ini tunduk dan tidak mampu bangun untuk mengharumkan nama dipersada dunia.

Tokoh reformasi negara Datuk Saifudin mesti diberikan hadiah Nobble kerana beliau berani untuk melupuskan segala kemaksiatan yang dilakukan oleh AUKU di dalam bidang akademik. Mahasiswa gagal berbahas mengenai politik sedangkan dalam masa yang sama mereka ini merupakan pelapis kejayaan kepimpinan negara di masa hadapan. Sanggupkah negara ini dipimpin oleh Panglima Ludah dan Tampar di mana anda sendiri lihat Pahang dipimpin oleh panglima yang pernah memberikan isyarat Butoh, lantas negeri itu tidak ke mana.

Rakyat mahukan ketua yang bersifat inteligent dan intelek dan bukan yang hanya pandai mengugut dan berlagak samseng jalanan. Dunia intelek masa kini tidak memerlukan panglima jalanan kerana kepimpinan yang hebat diasaskan oleh minda dan otak yang mempunyai daya saing yang tinggi.

AUKU bukan baja melahirkan kepimpinan pelapis yang mampu bersaing di peringkat dunia. Adakah panglima ludah dan tampar itu mampu berbahas di PBB sedangkan dia hanya mampu melakukan aksi ptui…ptui…ptui…sahaja? Negara perlukan mahasiswa, jadi hapuskan AUKU agar minda dan sikap persaingan di dalam perbahasan mampu melahirkan mahasiswa yang berani berjuang demi negara.

Adakah kita mahukan pemimpin mahasiswa yang hanya pandai membodek kerajaan seperti Pro Aspirasi? Jika inilah pemimpin negara di masa hadapan, bermakna kita akan tunduk kepada negara-negara kuasa besar seperti U.S dan Great Britain. Sedarlah, pemimpin yang suka membodek inilah yang akan melacurkan negara di peringkat antarabangsa dan meluaskan lagi aktiviti-aktiviti rahsuah dan penyelewengan.

Sedarlah bahawa rakyat kita mahukan mahasiswa pelapis kepimpinan negara dan bukan hanya pandai membodek demi kedudukan yang tidak seberapa. -Ultraman Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan