Pengikut

Isnin, 7 November 2011

Sah 402 ekor lembu yang di derma bukan guna duit Najib

ARTIKEL di MiLo SuaM sebelum ini mempersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan rujuk [derma Najib].

Bukan niat MiLo SuaM untuk menyebok dalam hal ini. Sebagai blogger, tugas utama kami ialah menjadi "watch dog" untuk memastikan masyarakat internet alert terhadap isu-isu semasa, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Dengan itu, pemimpin atasan tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Derma 402 ekor lembu bukan jumlah yang sedikit, ia melibatkan belanja RM1.2 juta, sementara Utusan melakukan propaganda seolah-olah Najib mengeluarkan duit poketnya sendiri.

Lantaran itu MiLo SuaM mempersoalkan benarkah Najib sanggup menghabiskan 4 tahun gajinya untuk menderma? Persoalan itu mendapat respon sebuah portal, mynewshub.my dan portal tersebut mengesahkan bahawa ia bukan dari poket Najib.

Mynewshub.my memaklumkan, kesemua lembu tersebut bukanlah dibeli oleh Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan pihak swasta.

Terdapat kira-kira sembilan buah syarikat dan individu terlibat dalam pembelian lembu-lembu tersebut untuk diberikan ke kawasan parlimen berkenaan.

Jadi ini sekaligus menafikan yang Najib mengeluarkan duit poketnya sebanyak RM1.2 juta untuk membeli lembu-lembu tersebut. -RMPautan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan