Pengikut

Rabu, 16 November 2011

Langit terbelah dua di Pontianak

Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat terpegun dengan kejadan "langit terbelah" selama 11 minit, iaitu membentuk ruang jaluran memanjang seperti sebuah lebuhraya di langit antara awan.

Bagaimanapun pakar astronomi menyifatkan kejadian tiga hari lepas itu bukan luar biasa.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata kejadian itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah terjadi di Yogyakarta pada tahun 2010. Ia juga boleh berlaku di tempat lain," kata Djamaluddin dalam portal berita VIVAnews.

Beliau berkata langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari. -PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan