Pengikut

Selasa, 25 Oktober 2011

Pandai sungguh kerajaan Pusat (BN) urus kewangan Negara

Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan perbelanjaan beberapa agensi kerajaan tidak diurus dengan baik sehingga berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kewangan negara.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan dikeluarkan berkata, antaranya adalah perjanjian kontrak antara Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sebuah syarikat konsesi di bawah Giatmara.

Laporan mendedahkan, Giatmara telah melantik syarikat itu melalui tender tertutup telah melakukan transaksi pesanan terhadap pembelian bernilai RM38.97 juta.

“Ia meliputi 1,205 pesanan dari RM5,040 hingga RM402,775 merangkumi pembekalan untuk peralatan, kontraktor dan alatan dimana harga yang ditawarkan adalah antara 71.7 peratus hingga 100 peratus lebih tinggi daripada pasaran,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan semalam.

Katanya, antara barangan yang dibeli adalah ketuhar pasaran bernilai RM419 dijual kepada pada harga RM1,200.

Menurut laporan itu juga, kegagalan mengurus juga didapati pada urusan pembelian kuda sebanyak 23 ekor oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau berkata, sepatutnya hanya enam ekor diperlukan bagi kejohanan Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Antarabangsa (WEG) 2010 serta Sukan Asia 2010 di China.

Bagaimanapun terdapat sedikit curiga apabila Jabatan Audit mendapati, kuda dibeli daripada satu syarikat atas nama seseorang individu melalui rundingan terus tanpa pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan, perolehan kuda tanpa surat tawaran dan tiada jaminan pembekal.

“Institut Sukan Negara (ISN) memaklumkan kepada audit, perolehan kuda melalui ejen perseorangan dilakukan ke-rana kosnya lebih murah. Bagaimanapun, kami dapati hanya lima ekor kuda dibeli layak bertanding,” kata, Tan Sri Ambrin (gambar kanan).

Akibatnya, kuda berkenaan terpaksa diserahkan kepada agensi berkaitan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Laporan Audit juga mendapati, terdapat risiko yang diambil Perpustakaan Negara Malaysia menggunakan bangunan tambahan bernilai RM46 juta telah diduduki selama 11 bulan tanpa Perakuan Menduduki Bangunan (CFO).

“Bangunan itu telah diduduki sejak Ogos 2010 dan sehingga akhir bulan Julai 2011 masih belum mempunyai CFO. Pegawai Penguasa telah mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 31 Mei 2010, sepatutnya kontraktor bertanggungjawab mengemukakannya Pelan Lukisan Siap Bina satu bulan selepas tarikh tersebut, bagaimanapun kontraktor hanya mengemukakannya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menyerahkan kepada PNM pada 25 Febuari 2011.

“Sebagai perunding, arkitek bertanggungjawab untuk memohon CFO daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimanapun Audit mendapati sehingga akhir bulan April 2011 bangunan tambahan itu belum mendapat CFO,” katanya. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan