Pengikut

Selasa, 6 September 2011

Puteri Umno buat laporan polis terhadap Anwar isu video seks?

Puteri Umno membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa membuat laporan palsu berhubung isu video seks pada Mac lalu, hari ini.

Laporan dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof di ibu pejabat polis daerah Kuala Muda di sini.

Beliau berkata pihaknya memohon polis bertindak terhadap Anwar, yang didakwa telah mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di ibu negara, 22 Mac lalu.

“Kita memandang serius laporan palsu yang dilakukan Mac lalu berhubung video seks. Ini kerana seperti yang diketahui umum, Anwar tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar,” katanya dipetik Bernama Online.

Shahanim juga berkata Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana membuat laporan polis yang tidak benar. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan