Pemberian itu diumumkan selepas Rahim yang juga salah seorang dari trio ‘Datuk T’ mendedahkan klip video fitnah di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur pada 23 Mei lepas; yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika ditanya oleh wartawan mengenai pemberian istimewa oleh kerajaan Barisan Nasional, Rahim hanya berdalih bahawa pemberian itu adalah yang terbesar pernah diterima oleh Risda, bukan dirinya.“Ini adalah berita gembira kepada pekebun kecil getah di seluruh negara. Maka saya nasihatkan kepada pekebun kecil, jangan tangguh kerja penanaman semula pokok getah walaupun ketika ini harga pasaran getah memang tinggi.
“Selain itu, harga getah dijangka akan terus tinggi dan dapat menampung serta menjamin kehidupan golongan pekebun kecil pada masa depan,” dalih beliau di majlis sambutan Hari Raya Puasa Risda Plantation 2011 di Kuala Lumpur.
Setakat ini, beliau berkata Risda telahpun memberikan bantuan sebanyak RM9,230 untuk sehektar ladang kepada pekebun kecil di semenanjung Malaysia.
Manakala bagi pekebun-pekebun kecil di Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata, mereka menerima RM14,000 bagi sehektar tanah ladang yang diusahakan.
Pun begitu, Rahim tidak pula menjelaskan bilangan penerima bantuan daripada dana Risda hatta menggamit pelbagai persoalan; sama ada dana Risda berkenaan benar-benar disalurkan kepada mereka yang berwajib atau sebaliknya.
Sebelum dilantik menjadi pengerusi Rahim, Rahim pernah dilantik sebagai ketua menteri Melaka (Umno) oleh kerajaan Barisan Nasional. Namun, jawatan itu kemudiannya digugurkan selepas beliau dikaitkan dengan dakwaan merogol budak perempuan di bawah umur lebih sedekad lepas. -PD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan