“Allah melaknat golongan tersebut, ‘laknatullahi minal mutashabihina wal mutashabihat’.. itu bukan saya yang kata..itu sabda Rasulullah.
“Tindakan tegas perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi perkara ini dan kita perlu belajar dari apa yang pernah berlaku di negara sodom yang Allah musnahkan hingga terbentuk Laut Mati satu ketika dahulu,” katanya ketika dihubungi mynewshub.my di sini hari ini.
Justeru itu katanya, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan tegas dan sewajarnya untuk membendung gejala tersebut termasuk menggubal undang-undang yang berlandaskan hukum Al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW sebelum ia menular ke tahap lebih parah.
Beliau berkata, contoh jelas telah diceritakan Allah dalam banyak Surah Al-Quran mengenai kehancuran negara yang penduduknya mengamalkan budaya songsang dan sebagai pemerintah, kerajaan wajib melindungi negara dari menuju kemusnahan seperti itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohd Hafizuddin, 20, dari Taman Seri Bakau, Kangar, Perlis, yang tinggal sebumbung selama lebih empat bulan dengan ‘Natasha’, 28.
Hubungan cinta yang begitu asyik antara kedua lelaki berkenaan membawa kepada Hafzuddin disimbah asid akibat cemburu.
Natasha yang risau dengan keselamatan teman lelaki dan dirinya itu tanpa segan silu memberitahu akhbar bahawa mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari taman itu ke kawasan kediaman yang lebih terjamin.
Don Daniel yang juga merupakan seorang pendakwah terkenal yang sering memberikan ceramah agama di seluruh negara turut memetik firman Allah di Surah Al-Sajadah, ayat 26, yang bermaksud:
“Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu); Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk diambil iktibar), oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?”.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat segelintir ‘orang besar’ yang enggan melaksanakan undang-undang tersebut di negara ini memandangkan mereka juga berkemungkinan mengamalkan budaya songsang itu.
Mengulas lanjut mengenai kecederungan golongan ‘maknyah’ yang kini lebih berani untuk tinggal bersama pasangan mereka, beliau berkata, seluruh umat Islam perlu kembali kepada Al-Quran sebagai panduan menjalani hidup.
Beliau menjelaskan, Al-Quran adalah kitabullah yang sempurna yang mengajar kita tentang soal kehidupan, mencakupi segala aspek rohani dan jasmani untuk dijadikan panduan serta muamalah harian.
Selain itu, beliau turut menggesa agar masyarakat setempat mengambil tindakan tegas dengan menegur golongan tersebut dan memberikan tekanan sewajarnya sekiranya golongan ini masih berdegil serta enggan menghentikan maksiat yang boleh menjemput bala dari Allah SWT.
“Kita tahu Allah melaknat golongan ini, saya khuatir seluruh penduduk setempat itu juga akan dilaknat sebagaimana yang pernah berlaku kepada kaum Nabi Luth AS, di mana kaumnya dibinasakan dengan banjir hingga membentuk Laut Mati.
“Bukti kerosakan itu masih kita dapat lihat hingga hari ini, kita perlu belajar dari sejarah itu..ia bukan kisah dongeng, cerita tu ada dalam Al-Quran,” tambahnya lagi.
Menurut Don Daniel lagi, secara klinikal dan ilmiahnya, belum ada lagi mana-mana agama, negara, pemimpin mahu pun masyarakat yang pernah membuat kenyataan bahawa menjalin hubungan songsang sesama jenis mampu selesaikan masalah kehidupan.
“Negara China yang mengalami masalah populasi rakyat yang tinggi pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu,” jelasnya lagi. -KLT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan