Kedudukan mutu bola sepak Pulau Pinang merudum teruk sejak di bawah Zahrain yang ternyata gagal mengendalikannya dengan bijak.
Beliau berkata, penurunan mendadak prestasi pasukan bola sepak negeri sejak tahun 2009 berlaku berikutan masalah kewangan yang kritikal dihadapi FAP. Zahrain berkata, FAP kecewa dengan komitmen kerajaan negeri yang tidak serius dalam membantu mengembalikan mutu bola sepak tempatan.
Beliau mendakwa pakatan pembangkang di bawah pimpinan DAP tidak membantu memberi dana dan bantuan kewangan kepada FAP.
"Bantuan pernah diterima menerusi agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang masing-masing memperuntukan RM250,000 pada tahun 2009 sahaja.
"Selepas itu tidak ada lagi (selepas Zahrain lompat) sebarang peruntukan yang diterima FAP hingga kini berbanding zaman kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Saya difahamkan ketika itu, FAP mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membangunkan, mengurus, mengendalikan pasukan serta program berkaitan bola sepak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung persatuan itu di sini.
Beliau berkata keadaan itu mengakibatkan FAP terpaksa mencari sendiri dana untuk menampung semua keperluan memandangkan persatuan itu hanya bergantung kepada bantuan dana daripada kerajaan persekutuan.
Zahrain berkata seharusnya kerajaan negeri komited untuk membantu membangunkan semula sukan bola sepak di negeri itu yang semakin merosot tanpa membezakan fahaman politik.
Pulau Pinang tersingkir dari Liga Perdana musim depan setelah menduduki tangga terbawah liga setelah 20 kali kalah, sekali menang dan seri dan hanya mengumpul empat mata. -Penangdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan