

Kesemua 560 stesten Esso dan Mobil dan loji penapisan minyak di Port Dickson yang mengambil ratusan pekerja tempatan itu kini dikuasai oleh San Miguel Corporation iaitu pengilang arak terbesar di Filipina. Ini berlaku setelah pemilik saham terbesar Esso Malaysia iaitu Exxon Mobil menjual 65 peratus pegangan mereka kepada San Miguel dengan harga RM614.25 juta.
Maka timbullah pelbagai tandatanya mengapa tiada syarikat korporat tempatan yang berminat mengambil-alih? Mengapa tiada sekatan dikenakan ke atas Exxon Mobil sehingga mereka boleh menjaul pemilikan mereka kepada sebuah syarikat asing?
Yang lebih menyedihkan nanti adalah percampuran hasil haram yang akan mencurah masuk apabila San Miguel dengan rasmi menguasai Esso Malaysia.
Sepatutnya pihak berkenaan sensitif dan menyelidik perkara ini sebelum member kebenaran penguasaan ini.

Bila pula syarikat judi dan maksiat asing mahu masuk menguasai syarikat-syriakt besar tempatan setelah kejayaan San Miguel ini? - Roslan sms
Tiada ulasan:
Catat Ulasan