Meskipun Ketua Pengarang akhbar itu telah mengakui kesilapan dan menyiarkan kenyataan maaf, ia sebenarnya menduga kesabaran dan mencuit keperihatinan hati umat Islam yang sememang tahap kesabarannya tinggi pada bulan Ramadhan.
Laporan Bernama dipetik demikian: Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar itu kerana menyiarkan artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.
"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf atas perkara itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan