Pengikut

Khamis, 11 Ogos 2011

'Malaysia boleh' 113 banduan dipaksa bogel

Malaysia hari ini mengalami pelbagai tranformasi, termasuk warden di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan didakwa mengarahkan 113 banduan pada 23 Jun lalu berbogel beramai-ramai.

"Saya dalam keadaan takut dan keliru bersama-sama dengan rakan banduan yang lain terus menelanjangkan diri beramai-ramai. Keadaan sedemikian sangat mengaibkan saya.

"Arahan diberi secara berperingkat melibatkan 10-20 banduan pada satu-satu masa. Kami kemudiannya sekitar 20 orang diarah untuk pergi berak. Keadaan ratusan manusia bogel sangat dasyat, memalukan dan di luar perikemanusiaan," ujar Ahmad Syauqey Abdul Ghani, salah seorang mangsa pencabulan hak asas berkenaan.

Beliau yang juga bekas sukarelawan badan pemantau bebas pilihan raya Mafrel berkata, kesemua banduan berkenaan turut diarahkan berjalan ke bilik air dalam keadaan 'bertelanjang bulat'.

"Kami terpaksa melalui rakan-rakan sel penjara yang lain sepanjang laluan, yang melihat secara jelas keadaan kami yang bertelanjang bulat... Kami (juga) diarahkan untuk berak secara terbuka, secara berbaris di depan satu sama lain," katanya dengan dibekalkan lakaran lukisan mengenai bagi menggambarkan situasi yang beliau alami itu.

Beliau turut mengaku dinafikan hak untuk bersolat di kurungan yang begitu sempit lagi menyesakkan.

Beliau berkata, hanya ada satu pintu dan lubang angin sahaja di kawasan beliau dikurung sehingga mengakibatkan beliau berasa begitu panas.

Disebabkan itu, beliau telahpun membuat laporan polis dan bercadang untuk memanjangkan insiden pencabulan hak asasi manusia itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam masa terdekat.

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Husni Johari yang dihubungi Malaysiakini berkata siasatan berhubung dakwaan itu sedang dijalankan.

Ahmad Syauqey ditangkap pada 20 Jun mengikut Seksyen 186 Kanun Jenayah kerana menghalang tugas aggota polis dan di bawah Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak sopan di balai polis.

Beliau dikenakan tahanan reman dan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa dan dibebaskan pada 5 Julai lalu setelah jaminan dibayar di mahkamah majistret di Bachok.-PenangDaily


Tiada ulasan:

Catat Ulasan