Pengikut

Rabu, 10 Ogos 2011

SPR salahkan JPN pulak


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini, sebaliknya menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SPR berkata JPN – di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.

Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.

“Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi),” kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof seperti dilapor Malaysiakini.

Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan portal berkenaan untuk mendapatkan jawapan daripada Jabatan itu sendiri.

ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.

JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.

Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama ‘Kg Baru’ adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini.

“Rekod itu telah dipinda – nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah,” katanya.

Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan