Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2011

Nampak Sangat Zahid Hamidi Jahil Hukum Agama ?

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jahil hukum agama.. sekurang-kurang begitulah jika berasaskan kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung larangan penggunaan pembesar suara bagi bacaan al Quran pada waktu subuh di Pulau Pinang (baca disini).

Menteri berkenaan Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga tidak membantah malahan menyifatkan keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu selaras dengan pekeliling Jawatankuasa Fatwa Negeri. Begitu juga dengan bekas mufti negeri itu, Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainal Abidin menyokongnya (baca disini dan sini).

Zahid sebaliknya menghentam larangan itu malah menyifatkan ia sebagai keputusan kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil (gambar kanan) menghormatinya kerana keputusan itu selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai larangan itu pada 3 Ogos lepas.

Asri menyifatkan ia adalah selaras dengan arahan Nabi Muhamamad Saw sendiri.

Dr Juanda berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya sambil menegaskan: “Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang."

Menurut Dr Juanda (gambar kiri), Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas'.

Keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis, 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.

“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.

Nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jahil dalam bab ini ?

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," kata Jamil Khir. -PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan