Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kata Zahid, Kerajaan Pulau Pinang tak sensitif isu agama?

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Biarpun kita menghormati agama lain, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati," katanya.

Beliau berkata, "dalam soal agama dan bangsa, jangan harus berbeza pendapat walaupun mempunyai fahaman politik yang berlainan, kita harus bersama dalam menegakkan syiar Islam.

"Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya. - Bernama

p/s: Ada saja alasan Zahid, bila Kerajaan Negeri bantah, kata kerajaan negeri tidak hormat majlis fatwa.... bila ikut kata tak ada sensitif... tak ada salahnya jika mengaji Al-Quran sebelum subuh tidak mengunakan pembesar suara, Malah Mufti Dr Juanda kata Perlis sudah kuat-kuasakan larangan ini dan bekas mufti Perlis pun sokong apa yang di fatwakan oleh JHEAIPP. sudah lah Zahid... jangan nak berminpi untuk menawan kembali Pulau Pinang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan