Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2011

Dewan Perniagaan Cina P.Pinang cabar Tsu Koon Debat

Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping akan mengajak Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berbahas secara terbuka sekiranya bekas ketua menteri itu terus mengkritiknya melalui media.

Kok Ping, bekas Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, beliau tidak lagi boleh bertolak ansur dengan perbuatan Tsu Koon yang mengkritiknya melalui media dan langkah terbaik adalah mengadakan perbahasan secara terbuka.

Bercakap kepada pemberita hari ini bagi mengulas kenyataan Tsu Koon baru-baru ini bahawa “Kok Ping buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008”, Kok Ping berkata:

"Saya tak ada sebarang agenda peribadi apabila saya berkata sebelum ini bahawa Tsu Koon tidak berbuat apa-apa sepanjang 18 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya tidak pernah teringin untuk menonjolkan diri seperti yang didakwa oleh Tsu Koon. Apa yang saya katakan sebelum ini (tentang Tsu Koon) adalah betul dan saya bercakap bagi pihak anggota PCCC.”

Laporan hari ini menyebut Tsu Koon, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, serangan politik terhadap beliau dirancang oleh seorang dalang yang ingin melihatnya melepaskan jawatan menjelang berlangsungnya pilihan raya umum. – Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan