
"Kami sekarang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menceritakan segala-galanya bagaimana jutaan ringgit wang pembayar cukai bukan untuk imej negara, tetapi untuk kepentingan pihaknya sendiri," kata Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri).
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi menegaskan kedua-dua pihak supaya mendedahkan peranan dan tahap terhadapnya dalam apa yang dirujuknya sebagai kempen perhubungan awam yang "tidak sah".

Ketika Putrajaya dilaporkan menamatkan kontrak dengan syarikat produksi dan perhubungan awam FBC media limited Britain, ekoran pendedahan Sarawak Report, Putrajaya atau Kuching belum menafikan atau mengesahkan dakwaan itu.
Pendedahan itu mendakwa mereka membayar jutaan ringgit untuk perkhidmatan kumunikasi strategik dan penerbitan kandungan mesra untuk kedu-dua kerajaan itu. -Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan