Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.
“Saya mendapat banyak panggilan dari rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat.
“Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang,” katanya.
Penangdaily.com : Patutlah hanya 200 orang je berarak ke Komtar, kalau ramai baru Umno. Bila masa Umno buat demo ramai rakyat turut serta?
Zainal berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.
-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan