Pengikut

Ahad, 3 Julai 2011

Najib ke Kelantan dimeriahkan kerahan jemputan sahaja

Utusan Meloya melaporkan kononnya 20,000 hadir majlis himpunan rakyat di sebuah sekolah di Pasir Putih, Kelantan yang dihadiri DS Najib Tun Razak, sedangkan pada hakikatnya tetamu hanya kerahan tenaga termasuk murid sekolah.

Naib Presiden Pas Datuk Haji Husam Musa berkata, adalah amat malang bagi Perdana Menteri kerana lawatan seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

Buktinya, kesemuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu.

Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi mereka datang 'berjemput' siap 'beruniform, kata Husam dalam kenyataan medianya.

Husam yang juga exco kerajaan negeri berkata, lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Najib telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

Kata beliau, jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.


-PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan