Pengikut

Ahad, 10 Julai 2011

Siasatan Menyeluruh Kematian Baharuddin Akan Dibuat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad dan berjanji satu penelitian mengenai insiden itu akan dibuat untuk mengetahui kejadian sebenar sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

" Kita patut buat siasatan menyeluruh. Takziah dan doa buat Almarhum Baharuddin.

" Bagi pihak kita (Bersih dan Pakatan Rakyat) dan peguam, kita akan meneliti apa yang berlaku sebenarnya," ujar beliau.

Allahyarham Baharuddin semalam mengalami sesak nafas apabila polis mengepung kumpulan himpunan Bersih 2.0 di perkarangan KLCC dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Pada perhimpunan aman itu semalam, Anwar juga turut mengalami kecederaan apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Selain itu, ramai peserta Bersih yang turut mengalami kecederaaan apabila polis bertindak ganas untuk menghalang demonstran daripada terus berarak. -tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan