
Ini merupakan siri terbaru yang dilakukan oleh puak tidak bertanggungjawab dalam mempersendakan kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya.
Semalam, Polis mengarahkan mengosongkan bangunan itu ekoran panggilan telefon mendakwa ada bom. Hasil siasatan menjumpai tiga beg mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam ditemui di depan pintu lif.
Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.
Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.
Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.
Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.- PenanDaily
p/s: Polis kata ini kerja orang yang tidak puas hati dengan kerajaan PR Pulau Pinang, Sapa lagi yang tak berpuas hati dengan pentakbiran Lim Guan Eng... dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.. Anda tahu kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan