Perhimpunan Agung Umno ke-62 akan diadakan lebih awal, walaupun masa penangguhan belum genap 18 bulan sebagaimana yang diumumkan Disember tahun lepas, kata Presiden Umno.
Ia akan diadakan mulai 29 Nov hingga 3 Dis depan, kata DS Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn.
Ia akan diadakan mulai 29 Nov hingga 3 Dis depan, kata DS Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn.
Najib, tidak menghuraikan sebab musabab walaupun digamit pelbagai tanda tanya di kalangan wartawan.
Difahamkan, langkah itu telah dibuat dengan mengambil kira penentuan tarikh pilihan raya umum ke-13. Mungkin pengumuman itu berjaya mengelirukan ramai mengenai ramalan tarikh pru13
Sebelum ini ada yang meramalkan PRU13 sebelum Perhimpunan Agung Umno, dan ada juga meramalkannya selepas Pemilihan Agung Umno.
Perhimpunan Agung Umno kali ini dijangka bakal menyaksikan saingan sengit hampir di semua kerusi, khabarnya antara kem Najib dan Muhyiddin. (baca disini) -PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan