Pengikut

Khamis, 28 Julai 2011

Nik Aziz harap Malaysia menang

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

“Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap penjaga gol anak negeri itu, Khairul Fahmi dapat diturunkan untuk mengawal gawang pasukan negara. Namun, kata beliau segalanya terpulang kepada percaturan pihak berkenaan.

“Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia!” ujarnya.

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan