Pengikut

Khamis, 14 Julai 2011

Najib hadapi inkues awam Suhakam bulan depan?

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa bertindak keras ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu bakal menghadapi inkuari awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Naib Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, rakyat yang menjadi mangsa tindakan keras polis dijemput memberi keterangan masing-masing ke kamar inkuari yang dijangka bulan depan.

Menurut Khaw, pasukan pemantau yang dihantar ke perhimpunan tersebut turut akan melengkapkan laporan inkuari kelak.

Khaw membuat pengumuman tersebut hari ini sebagai respons pada memorandum yang diterima daripada ahli jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah.

Dua pesuruhjaya Suhama lain - Muhamad Sha’ani Abdullah dan James Nayagam - turut mendengar aduan awam Bersih 2.0 hari ini.

Dalam aduan awam Bersih 2.0 itu antara lain turut menyebut, beberapa rekod polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melakukan provokasi keras ke atas rakyat.

Peserta Bersih 2.0 Liew Seng Tat berkata, sebahagian daripada kumpulan yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin berkata, dia ada nampak anggota polis menendang dan memijak beberapa peserta.

Liew mendakwa, FRU turut melekapkan tuala kotor berasid ke mukanya.

Manakala Timbalan Presiden PAS pula mendakwa, beliau dipukul sehingga salah satu lututnya tercedera serius.

Beliau berkata, seorang anggota polis turut berkata "bunuh dia" yang diisyaratkan kepadanya.

Kamatian salah seorang peserta, Baharuddin Ahmad di perhimpunan aman yang dipercayai umum disebabkan lemas dengan gas beracun yang dilepaskan polis turut menjadi aduan panas di kamar aduan Suhakam. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan