Pengikut

Jumaat, 15 Julai 2011

Najib dimalukan Ratu Elizabeth II dengan baju kuning?

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

Najib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.

Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.

Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.


Inilah yang dikatakan suara rakyat suara keramat... Apabila rakyat bersuara ia akan mendapat perhatian luar... maka hari ini Najib mula terima akibat tindakkannya itu.


Adakah ini satu kebetulan? Aku rasa tak mungkin. Ini jelas satu sindiran. Satu sindiran hebat kepada najib dan kepimpinan barisan nasional atas isu bersih. Kekejaman kerajaan dan polis ke atas peserta bersih mendapat perhatian luar biasa dunia disebabkan kesalahan Najib sendiri.

Peserta bersih jelas tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan berhimpun dan memakai baju kuning. Orang luar tahu. Mereka pun akan ketawa jika tahu pakai baju kuning di malaysia boleh di tahan polis.

Najib tak rasa tersindir ka? Najib tak rasa termalu ka? Sudahlah najib tidak di sambut dengan karpet merah ketika keluar dari kapal terbang sewaktu tiba di UK.

Dan disebabkan bersih juga lah dengar khabar presiden cameron membatalkan makan malam nya bersama najib. Betul ka? Cerita ni belum keluar berita lagi.

Tapi yang pasti lepas neh mesti najib dan puak-puak umno akan melemparkan semua kesalahan ke atas bahu anwar ibrahim. Confirm! Ratu Elizabeth pakai kuning pun mesti anwar jugak yang hasut ratu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan