Pengikut

Jumaat, 15 Julai 2011

Umno dan kuasanya

Sedarkah anda apabila sudah mencapai tahap lebih 50 tahun keadaan seseorang akan menjadi mudah pelupa, panas baran atau sindrom yang lebih dikenali dengan nama pasarnya ialah NYANYUK! Sejak zaman kemerdekaan lagi Malaysia ditadbir oleh sebuah parti bernama UMNO. BN bukan pentadbir sebenar kerana ia telah bertukar-tukar nama sejak zaman kemerdekaan bermula dengan nama Perikatan dan kini BN.

Selalunya jika usia telah mencecah 50 tahun, monopause atau penyakit ketidak stabilan hormon di dalam badan boleh mempengaruhi emosi dan tindakan seseorang. Disebabkan itu banyak syarikat dan badan kerajaan menggariskan bahawa tahap untuk berkerja tidak lebih daripada 58 tahun kerana dikhuatiri hilang pertimbangan serta punca segala permasalah serta profesional di dalam menjawat jawatan dan menjalankan tugas.

Kini, UMNO sudah lebih 50 tahun. Pengasas dan pejuang awalnya pun sudah tiada. Pentadbiran UMNO sudah sampai ke generasi yang kedua. Di mana sudah tiba masanya, selepas Najib anak kepada Tun Razak, kemudian Hisham anak kepada Tun Husin, kemudian Mukhriz anak kepada Tun Mahathir dan akhirnya Khairi menantu kepada Tun Pak Lah. Generasi inilah yang bakal menerajui negara di dalam masa akan datang. Walaupun usia pada muda tetapi sebenarnya generasi pelapis ini nampaknya tiada kematangan di dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap segala tuntutan rakyat.

Sudah tiba masanya, parti-parti kuda tunggangan di dalam BN iaitu MCA, GERAKAN, MIC dan beberapa parti besar dari Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi keldai dan khadam kepada UMNO di dalam BN bagi menjayakan misi individu di dalam pentadbiran BN, untuk keluar bersama rakyat dan kembali ke landasan yang benar. MCA, GERAKAN dan MIC bukan parti monarki kerana pemimpin yang menjadi presiden sering bertukar tampuk kepimpinan dan jangan sesekali menjadikan MCA, GERAKAN dan MIC parti keturunan kerana padahnya akan menerima kehinaan seperti UMNO.

Jika anda merasakan apa yang UMNO buat itu betul, setiap tingkah laku orang UMNO itu betul, mengapa SUHAKAM dan PBB sanggup untuk memberikan kritikan kepada kepimpinan Najib. Jika anda merasakan bahawa kepimpinan UMNO itu salah, mampukah anda untuk menasihatkan UMNO kerana sudah 50 tahun, batu atas kepala pun sudah besar. Sanggup menghunus keris untuk melawan bangsa-bangsa lain semata-mata kerana kuasa seperti mana Hisham lakukan suatu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Marilah MCA, GERAKAN dan MIC serta parti-parti lain. Kita berganding bersama Pakatan Rakyat. Biar kita tinggalkan UMNO di dalam kegelapan. Tanpa undi dan kerusi dari parti-parti lain, UMNO tidak ke mana. Tidak kasihankah anda melihat orang Melayu yang dihenyak, India yang mati dan Cina yang dihina oleh UMNO selama ini kerana memperjuangkan keadilan, kebebasan dan demokrasi. Sanggupkah anda semua menunggu 50 tahun lagi ketika itu UMNO mungkin sudah tidak lagi relevan di dalam pentadbiran alaf baru.

Seruan ini bukan niat menghasut bangsa dan agama, tetapi untuk kesedaran bahawa selama ini bukan BN bersalah di dalam apa jua tindakan rakyat, tetapi UMNO yang terlalu menggunakan kuasa untuk menghalang kebebasan dan keadilan di dalam negara. Berapa ramai pihak polis yang menghentam dan mencederakan orang lain dihukum dengan seadilnya? Tetapi jika itu dilakukan oleh rakyat biasa pasti, bukan penjara tempatnya… malah ke kubur jua perginya.

Salam 1 Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Bersatu Rakyat, Negara Berkat! Bersatulah di bawah Pakatan Rakyat! Hidup Rakyat! Negara Berkat!

-Pejuang Negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan