Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kita boleh melihat bahawa adanya ketua negara yang dipilih oleh rakyat bagi mentadbir dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum, agama dan keturunan kerana pemilihan itu dibuat oleh semua golongan masyarakat.
Cencaru makan petang, atau lebih kita kenali dengan mengaut segala keuntungan ketika senja tiba. Itulah yang dilakukan oleh sebilangan ketua-ketua negara untuk memenuhkan tembolok sendiri dan konco-konconya. Penekanan dan desakan dilakukan ke atas rakyat dengan menggunakan penguat kuasa undang-undang bagi menjelaskan maksud nafsu serakah.
Hanya beberapa purnama kita lalui keguguran kerajaan Hosni Mubarak telah menjadi mimpi ngeri buat semua konco-konco BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri sendiri. Kisah pengharaman yang diistiharkan oleh PM kepada Bersih sedikit sebanyak telah merungkai satu sejarah di mana gerakan Ikhwanul Muslimin telah diharamkan di Mesir. Pengharaman itu secara tidak langsung telah menamatkan perjuangan rakyat pada fikiran Hosni dan konco-konconya, namun semarak perjuangan masih diteruskan.
Di Malaysia, jika berjuang atas Pakatan Rakyat kita dianggap pembangkang yang tidak puas hati di atas kekalahan dalam pilihanraya umum, namun gerakan yang ada kini digalas oleh Bersih iaitu gabungan NGO yang mempunyai mesej yang Bersih bagi mendapatkan satu proses demokrasi yang telus dan adil. Mengapa BN merasakan itu satu kesalahan, sedangkan bersih bukan pertubuhan politik?
Apa yang nyata di sini, selain daripada mengumpul kekayaan seperti Hosni Mubarak, Perdana Menteri juga sedang bertindak mengharamkan sebarang gerakan yang boleh mengikis segala kuasa yang telah digengam selama lebih 50 tahun yang lalu. Oleh itu menjadi satu kesilapan kepada PM kerana meletakkan dirinya seperti Hosni Mubarak kerana itu merupakan titik permulaan ke arah kejatuhan kerajaan BN.
Jika anda tidak percaya, kita perhatikan sahaja segala retorik potitik yang sedang dilakukan oleh PM kepada perhimpunan bersih, sedangkan kita sudah sedia pasti bahawa rakyat menolak beliau seperti mana puak-puak UMNO menolak Pak Lah beberapa hari selepas PRU12. Pak Lah tidak bersalah kerana kurang sokongan rakyat, tetapi Pak Lah dijatuhkan oleh konco-konco Najib yang melihat ini merupakan peluang terbesar bagi membenamkan Khari Jamaludin yang berdiri di belakang Pak Lah.
Pesanan buat Khari dan juga parti-parti gabungan MIC dan MCA, ingatlah perjuangan Najib di dalam politik sedang menuju ke curam untuk tergolek dan terus bergolek sehingga satu hari nanti jatuh tersungkur penuh penghinaan. Jika anda bersama orang yang jatuh, pasti anda tidak boleh bangkit kembali di dalam bidang politikus di Malaysia. Pegang tangan Pakatan Rakyat kerana, perjuangan anda bersama rakyat adalah lebih sempurna dan tinggalkan kebatilan yang ada pada UMNO. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya… Biarkan!Biarkan!Biarkan… Kuasa di TANGAN RAKYAT!
-Pendekar Halilintar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan