Mereka adalah antara 1538 warga emas yang usianya melebihi 100 tahun dimana Sembilan dari mereka sepatutnya tersenarai dalam “100 manusia paling tua” Wikipedia, namun tidak tersenarai dimana silapnya hanya SPR yang tahu.
Senarai No. Kad Pengenalan, Alamat dan usia mereka sila lihat di (SINI)
Bayangkan apa pandangan dunia terhadap Malaysia jika dunia mengetahui di Malaysia ramai rakyatnya yang berusia melebihi 100 tahun, pasti dunia akan kagum..
Walaupun nama mereka tidak tersenarai dalam Wikipedia, mereka masih boleh berbangga kerana mereka punya tempat tinggal, ini terbukti melalui alamat yang terpapar dalam imej diatas.
Mereka boleh berbangga kerana mereka tidak berkongsi tempat tinggal atau berkongsi alamat dengan 87 orang lagi ataupun 63 orang lagi seperti yang boleh kita lihat di (SINI)
Mereka mempunyai alamat tempat tinggal, begitu juga dengan 88 dan juga 64 pengundi yang berkongsi dua alamat yang berbeza, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang disenaraikan dibawah..
Mereka-mereka dibawah ini yang mempunyai No. Kad Pengenalan, Nama, lokaliti dan juga daerah mengundi tetapi mereka tidak mempunyai alamat tempat tinggal…
Bagaimana agaknya petugas-petugas pilihanraya terutamanya yang bertugas sebagai ‘Polling And Counting Agent’ (PACA) samada dari pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional boleh mengenali mereka?
Jika mereka tiada alamat tempat tinggal bagaimanakah nama mereka boleh tersenarai sebagai pengundi?
Adakah mereka ini bakal diturunkan dari langit bila tiba hari mengundi? Jawapannya ada ditangan SPR..
Disemak dari daftar pemilih dibawah.. (click image to enlarge view)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan