Menurut laman twitter rasmi NGO itu, Bersih mendapat panggilan telefon dari Balai Polis Dang Wangi, supaya jawatankuasa pemandu NGO itu hadir untuk mendapatkan permit berkenaan.
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” ujarnya.
Manakala Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua di laman twitternya berpendapat, kelulusan permit itu merupakan satu kemenangan besar kepada Bersih.
“Kejayaan kepada Bersih: Polis DangWangi meluluskan permit untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi berhimpun!!! Semua perlu datang!,” ujarnya. -KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan